SKIM PEMBIAYAAN FRANCAISI

Agensi : Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Skim ini menyediakan pembiayaankepada francaisi-francaisi Bumiputera untuk memulakan dan mengembangkanperniagaan. Jumlah pembiayaan dari RM 20,000 hingga RM 500,000. Marginpembiayaan adalah sehingga 70% daripada kos projek. Permohonan pinjaman perludibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pinjaman melebihi RM250,000 manakalapermohonan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihiRM250,000. 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Milikan Tunggal
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma.
  • Usahawan menjadi pemilik/pengusaha.
  • Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan Pendaftar Francais.
  • 100% ekuiti milik Bumiputera.
  • Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk.
  • Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pembiayaan melebihi RM250,000.
  • Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM250,000.
  • Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
    Aras 16, Menara PNS,
    Tower 7, Avenue 7,
    Bangsar South City,
    No 8, Jalan Kerinchi,
    59200 Kuala Lumpur

    Tel    :      1-800-22-1767
    Faks :      03-20827666

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 6.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang