SKIM PENGUKUHAN (SRS)

Agensi : Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Membantu PKS yang berdaya saing tetapi mempunyai masalah dengan pembiayaan/pinjaman sedia ada dengan IKP dengan jumlah baki agregat tidak melebihi RM 5 juta untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi keperluan perniagaan.Program ini juga bagi membantu PKS yang berdaya saing yang terjejas akibat dari faktor ekonomi untuk menyusun semula baki pembiayaan/pinjaman sedia ada untuk membolehkan PKS meneruskan perniagaan mereka.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Syarikat-syarikat dan perniagaan milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%) yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1965; 
  • PKS yang menghadapi masalah dan terjejas akibat dari faktor ekonomi yang berada di luar kawalan PKS; 
  • PKS yang masih beroperasi dan mempunyai projek,perancanagn dan pelan perniagaan yang berdaya saing serta berkeupayaan untuk berkembang dengan sokongan pembiayaan tambahan yang dipohon; 
  • Pembiayaan adalah bagi tujuan perniagaan sedia ada yang berkaitan sahaja(pembiayaan saham atau pembiayaan untuk kegunaan peribadi adalah tidak layak); 
  • Kemudahan pembiayaan/pinjaman sedia ada dengan IKP hendaklah disusun semula melalui penstrukturan atau penjadualan semula di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) atau Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kewangan (AKPK);
  • Skim ini adalah tidak layak bagi PKS yang telah menyelesaikan pembiayaan/pinjaman bermasalah mereka melalui penyusunan,penstrukturan dan penjadualan semula di bawah mana-mana program pemulihan IKP di bawah SPPK.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank)
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
Peti Surat 12352
50774 Kuala Lumpur

Tel    :      03-26152020
Faks :      03-26981748

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang