SKIM PENYEWAAN DAN PEMILIKAN HARTANAH

Agensi : Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Kategori Entri : Premis Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Sebuah skim dimana PNS akan membeli hartanah komersil di lokasi strategik dan disewakan kepada usahawan bumiputera pada kadar kompetitif. Seterusnya, usahawan diberikan peluang membeli hartanah tersebut pada masa akan datang. Skim ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan bumiputera untuk mengukuhkan/ mendapatkan premis perniagaan di lokasi strategik.Jenis-jenis aset merangkumi hartanah komersil seperti kedai pejabat, kilang, tapak perniagaan, bangunan pejabat, sama ada yang sudah siap dibina atau dalam peringkat pembangunan

Jenis Premis Yang Disediakan
  • Pejabat (Untuk Disewa/Untuk Dijual)
  • Rumah Kedai (Untuk Disewa/Untuk Dijual)
Kelayakan Perniagaan
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Surat permohonan.
    • Salinan surat hakmilik hartanah.
    • Surat tawaran jualan daripada pemaju atau pemilik.
    • Pelan bangunan / pelan kawasan.
    • Pelan kelulusan pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Salinan penilaian semasa hartanah (sekiranya ada).
    • Butiran syarikat dan maklumat mengenai kedudukan kewangan pemohon.
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

    Maklumat Agensi

    Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
    Aras 16, Menara PNS,
    Tower 7, Avenue 7,
    Bangsar South City,
    No 8, Jalan Kerinchi,
    59200 Kuala Lumpur

    Tel    :      1-800-22-1767
    Faks :      03-20827666

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 6.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang