Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menghormati sepenuhnya privasi anda semasa mengguna laman web ini. Bahagian ini menerangkan polisi privasi laman web ini dan juga perlindungan maklumat bagi setiap pengguna kami.
TERAJU tidak akan mengumpul apa-apa maklumat peribadi pengguna laman ini kecuali maklumat yang diberi oleh pengguna melalui e-mel, pendaftaran online dan juga sebarang borang online.
Sekiranya pengguna memilih untuk mengguna laman ini, dan juga mereka dikehendaki membekal maklumat peribadi mereka, maklumat tersebut mungkin akan diguna oleh jabatan dan agensi Kerajaan yang lain, hanya sekiranya ia diperlukan. Sebagai contoh apabila pengguna menghantar pertanyaan mereka secara online dan ia perlu dimajukan kepada jabatan lain yang berkaitan untuk diselesaikan, maka maklumat tersebut akan dikongsi dengan jabatan/agensi yang berkaitan. Tujuan utama perkongsian maklumat tersebut ialah untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan cara yang paling efisien dan efektif.
Laman Web bisnest TERAJU ini menggunakan cookies untuk mengenalpasti pengguna yang kembali melawat laman web ini. Cookies tidak akan merekod sebarang maklumat daripada komputer pengguna dan juga tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi atau sulit di dalamnya. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mengubah tetapan pada pelayar laman (browser) mereka dengan menolak penerimaan cookies atau memadam cookies daripada komputer mereka.
Laman Web bisnest TERAJU mempunyai pautan ke laman web Kerajaan dan badan bukan Kerajaan yang lain. Polisi Privasi ini hanya dipraktikkan bagi pengumpulan maklumat di Laman Web bisnest ini. Pengguna perlulah sedar bahawa TERAJU tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web yang lain. Pengguna adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami pernyataan privasi bagi setiap laman web yang mereka layari.